Friday, July 20, 2012

7July2012: Take A Break!!! It's Family Day! Hooray!!!

 Diam tak diam...kita dah masuk bulan ke 7 kalendar 2012. Cepatnya masa berlalu kan guys.. :) Kalendar aktiviti kita tahun ini masih kosong lagi ni :) hihi...Jom kita ceriakan sedikit persekitaran kita...tibalah masanya kita bersantai sekejap dari tanggungjawab hakiki kita... Sorry ye bos, kami ajk kelab minta izin mencelah sekejap bg memenuhi perancangan yang sama2 kita persetujui untuk tahun ini :)

                                 Ting Ting Ting .... It's Family Day  !!!! ...

Dalam penganjuran aktiviti kali ini, penulis berpendapat, kredit harus diberikan kepada Mr Presiden dan Ajk2 kelab. Dalam mesyuarat perancangan aktiviti, mereka telah mengadakan sesi brainstorming untuk pemilihan tempat, tentatif, sukaneka, penyediaan goodies, cabutan bertuah serta perancangan dalam mencari sponsor dengan teratur walaupun dalam masa yang singkat. Ia bertujuan untuk menjadikan penganjuran hari keluarga kali ini lebih unik dan meriah dari yang pernah dianjurkan sebelum ini. Segala bajet yang diperolehi dirancang dengan teliti. AJK juga telah membuat homework untuk memilih tempat yang betul2 sesuai untuk event kali ini dan dengan sukarela mereka telah menerjah ke tapak projek untuk memastikan tempat yang dipilih dapat memenuhi keperluan untuk program sehari kali ini. Biar dekat..tapi puas hati....Biar Murah..janji berbaloi-baloi.. :) (Macam trademark nak wat jualan murah pulak hihi...).

Sekitar tapak aktiviti yang diambil sewaktu tugasan peninjauan
Sudah menjadi lumrah event kelab IKCM ni..boleh dikatakan sentiasa adhock. :) Tapi, Alhamdulillah ia sentiasa berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan berkat kerjasama bukan sahaja pihak penganjur namun seluruh warga IKCM. Setiap orang tidak lokek untuk menghulurkan bantuan. Itulah kami, kecil pada kuantiti, tetapi tidak pada semangat setiakawan, kerjasama dan perpaduan. We work as ONE. Thanks guys. You are the best! :)

Inilah sorotan aktiviti Family Day 2012  yang telah diadakan pada 7 Julai 2012 (Sabtu) yang lalu dan telah berlangsung di Bamboo Camp, Hulu Langat. Jom kita saksikan bersama detik2 yang sempat dirakamkan sepanjang event berlangsung sehinggakan ada yang nak pegi lagi..  :)

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan Bamboo Camp iaitu Kak Mala dan En Karim, kerana sudi menyediakan apa sahaja keperluan yang kami hajati. Kepada yang pulang awal, uols tak dapat merasa ole-ole buah nangka dari Kak Mala. :)

Kepada semua warga ikcm serta keluarga yang hadir dan telah memeriahkan acara sehari ini, kami seluruh Ajk kelab selaku pihak penganjur aktiviti kali ini mengucapkan terima kasih daun keladi, next time kita wat aktiviti lagi  ya :)   ~Smn~






20-06-2012 (Wednesday) - Masa Bersukan..sudah tiba..... :)

Mari lah mari..
Kita bersukan... :)


Badminton adalah aktiviti yang dirancangkan untuk diadakan setiap 2 minggu sekali dari pukul 5-7 PM.


Team ni mcm tak kene partner ni.......pasangan yang satu lagi tak sama saiz...hihi
Team wanita...

Service ayu dari Cik Azie....

Get ready...
Hai..bila kitorang punya turn lak ni :)


Bertemu juara bertahan...

Hai..ada nyamuk ke... :)

Hai..gaya dah ada...lagak juara

Kitorang main ayu-ayu aje....di harap lepas ni makin ramai girls yang memeriahkan aktiviti bersukan.

Second player...ehem..ehem.....

Santai dulu...sebab ada satu court aje available kali ini..

shhhh..tutup mulut ye.....

Wednesday, July 18, 2012

AGM IKCM Club 2012

Pada 31 Mei 2012 yang lalu telah berlangsungnya AGM IKCM Club untuk tahun 2012. Berbeza dengan AGM yang sebelum-sebelumnya, AGM kali ini di mulai dengan jamuan makan tengahari dengan menu Nasi Arab dari Restoran Saba.

Pandang-pandang..jeling-jeling la pulak...nasi dah depan mata tu.. :)


Sib baik ada zairi..sempat pose dulu..
Bila nak start ni makan ni....terlebih ayu dah menunggu depan makanan ni .. :)
Sebelum meeting, kita makan dulu...Tunggu bos jugak yang rasmi dulu...hihi...
Seterusnya diadakan majlis doa selamat dan bacaan Yasin di pejabat IKCM yang baru. Walaupun telah lebih sebulan ia didiami sewaktu majlis ini berlangsung ( di CBD Perdana ini), namun majlis ini dpt jua kami realisasikan.

sekitar majlis doa selamat dan bacaan Yasin



Alhamdulillah ..selesai Majlis bacaan Yaasin dan doa selamat.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga IKCM kerana berkat kerjasama semua, kita akhirnya dapat bekerja dalam persekitaran yang lebih kondusif dan teratur. 

Selesai majlis doa selamat dan bacaan Yasin, beralih pula kepada tentatif AGM 2012, antaranya: 
1. Kata-kata aluan CEO, Penasihat dan Presiden 
2. Rombakan ahli jawatankuasa kelab sesi 2011/2012 
3. Perlantikan jawatankuasa kelab baru sesi 2012/2014 
4. Perbincangan Aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2012 

AGM kali ni telah dipengerusikan oleh saudara Aidy Azizi selaku presiden kelab sesi 2011/2012. Sebelum ajk kelab sesi 2011 dibubarkan dengan rasminya, penasihat, penaung serta semua ajk telah diberikan masa untuk memberikan sepatah 2 kata. 
Berikut antara petikan ucapan yang sempat dipetik: 

CEO selaku penaung: "AJK kelab 2011 telah mencipta satu benchmark untuk ajk kelab sesi yg akan datang. Yang mana, mereka telah berjaya menganjurkan trip ke Singapore dengan jayanya dan ia adalah event terbesar kelab setakat ini. Diharap ajk kelab yg akan dipilih kali ini akan memberikan kerjasama dan mampu melaksanakan aktiviti2 yang bakal kita rancangkan untuk tahun ni dengan jayanya" En Amir bin Ayub. 

 
Mr President, saudara Aidy pula berharap agar committee yang bakal dilantik dapat melaksanakan satu aktiviti yang tidak sempat team beliau jalankan iaitu Mini Family Day sebelum bulan puasa yang akan datang. 

 




Selaku setiausaha, saudari Farah Muna pula mengucapkan sekalung tahniah kepada barisan ajk yang baru dilantik dan beliau berharap agar aktiviti-aktiviti yang bakal dirancangkan dapat dilaksanakan dengan meriahnya.


Seterusnya MR. President dengan rasminya telah membubarkan jawatankuasa kelab IKCM sesi 2011/2012 dan seterusnya melantik barisan committee yang baru untuk meneraju kelab selama 2 tahun iaitu 2012-2014. Berikut senarai Senarai AJK IKCM Club yang dilantik dengan undi majoriti.
Mantan presiden dalam sesi perancangan perlantikan ajk .... masa untuk vote ajk :)
Presiden: Hanif 
Setiausaha: Suhaili 
Bendahari: Shuhaily 
AJK Kebajikan: Hamizah 
AJK Sukan & Aktiviti: Nazree 
AJK Siaraya: Suhaila 

Apakah yang menggelikan hati En Nizar tu.....
Tak abes lagi gelak dia.. :)
Tahniah di ucapkan kepada barisan AJK baru yang telah dilantik. Mesyuarat selanjutnya diteruskan dengan perbincangan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan sepanjang tahun 2012 dengan dipengerusikan oleh Mr. President yang baru iaitu Saudara Hanif.

Our New President

Ahli-ahli kelab telah mencadangkan 5 aktiviti untuk sepanjang tahun 2012:
1. Bowling (akan diadakan 2 bulan sekali selepas 'office hour') 
2. Badminton (akan diadakan 2 minggu sekali selepas 'office hour'). 
3. Futsal 
4. Mini Family Day (Lokasi dicadangkan : Ulu Yam pada 30/06/2012) 
5. Family Trip (Lokasi dicadangkan : Kenyir pada 16/09/2012) 
Simbolik permulaan memegang title Mr President dan Ajk2 baru memulakan tugas mereka

Pada sebelah petangnya, mejoriti staff turut bermain Badminton sebagai acara pembuka tirai aktiviti kelab tahun ini. Semoga barisan kelab yang baru ini, mampu melaksanakan semua aktiviti yang dirancangkan dengan jayanya.


 "Let's Make It Happen!!" ~~AJK Siaraya: smn~~

Tuesday, January 3, 2012

Aktiviti di awal 2012 (Badminton)

Aktiviti mingguan IKCM (Badminton)
======================================

AJK Sukan & Aktiviti (Aswandy) mengadakan aktiviti badminton diawal tahun 2012, aura 2012. Maju la sukan untuk IKCM......

Info lanjut :
- pada 04/01/2011
- 5 PM -7 PM
- Bertempat di Dewan FSBM Plaza

*Untuk confirm kan kehadiran sila email kepada En Aswandy

Selamat Tahun Baru


Selamat tahun baru 2011, harap tahun ini kita lebih bersemangat dan dapat mencapai apa yang kita target untuk tahun ini....

Aktiviti Penutup 2011 (Badminton)



Badminton Penutup Aktiviti kelub 2011
---------------------------------------------------------------

AJK Sukan & Aktiviti (Aswandy) telah mengadakan aktiviti badmintion:
- pada 29/12/2011
- 5 PM -7 PM
- Bertempat di Dewan FSBM Plaza, Cyberjaya

Friday, December 30, 2011

Siri Jelajah Kota Singa

Alhamdulillah Trip ke Singapore telah berjalan seperti yang dirancang. Walaupun terdapat kelewatan sedikit tetapi semuanya masih mengikut plan asal.

Hari pertama (17/12/2011- Sabtu)
-----------------------------------------------
- 08.30 pg - Semua ahli keluarga telah sampai seperti yang dijanjikan (ada jgk yang lewat..tp tak ramai sorg je...hehhehehhehe).
- 3.15 ptg - Selamat sampai ke tempat makan Singgah Selalu untuk makan tengah hari.
- 4.00 ptg - Sampai juga akhirnya kat New York Hotel
- 5.00 ptg - Berkumpul semula untuk ke Masjid Sultan Abu Bakar
- 6.00 ptg - Diberi peluang untuk mengambil gambar di Danga Bay
- 7.00 ptg - Semua ahli keluarga di beri peluang untuk Shopping dan Window Shopping di Johor Primium Outlet (mmg best harga pun best sgttttttttttttttt )
-9.00 mlm -Makan malam di New York Hotel ditaja sepenuh oleh IKCM....time kacih.

Hari Kedua 18/12/2011 (Ahad)
--------------------------------------------
- 8.00 pg - Mula bertolak ke menuju USS, sebelum sampai ke Singapore kami terpaksa menjalankan pemeriksaan dua imigresen Johor Bharu dan Singapore. Nasib baik semua sah untuk masuk ke Singapore...
- 10.00 pg - Masa yang ditunggu2 tibalah kami di Universal Stadio Singpore, macam mimpi jadi kenyataan memang best, bila sampai je pintu masuk USS, semua dah berpecah ikut ahli keluarga masing2.
- 6.30 ptg - Berkumpul balik ke hotel
-9.30 mlm- Akhirnya dpt balik dan makan mlm dengan penat tp happy.

Hari ke Tiga 19/12/2011 (Isnin)
-------------------------------------------
- 9.00 pg - Berkumpul di lobi hotel, cuaca masa tu hujan lebat. Tapi semua masih semangat untuk turun ke Singapore sbb nk gmbar kt Melion 2.
- 10.30 pg - Bergambar di Melion
- 11.oo pg - Sampailah di Orchard Road. Harga berpatutan, nak beli Surveyor kira murahlah kt sana.
- 12.00 tgh hari - Shopping di Mustaffa Centre dan makan tgh hari mengikut selera masing2
- 4.00 ptg - Kembali ke hotel dan berangkat balik ke KL.
- 10.30 mlm - Alhamdulillah, selamat sampai ke Putrajaya Sentral.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, walaupun masa terlewat daripada yang dirancang....

Inilah antara aksi2 sepanjang Siri Jelajah Kota Singa anjuran kelub IKCM.

Menunggu bas dan kawan -kawan yang belum sampai lagi

Singgah makan tengah hari walaupun dah pukul 3.00 petang sebenarnya

Singgah sebenar di Danga Bay, antara destinasi wajib bila sampai di Johor Bharu

Setibanya kami di USS, ni la simbol paling mahal bila dah sampai ke USS