Pada 31 Mei 2012 yang lalu telah berlangsungnya AGM IKCM Club untuk tahun 2012. Berbeza dengan AGM yang sebelum-sebelumnya, AGM kali ini
di mulai dengan jamuan makan tengahari dengan menu Nasi Arab dari Restoran Saba.
Seterusnya diadakan majlis doa selamat dan bacaan Yasin di pejabat IKCM yang baru. Walaupun telah lebih sebulan ia didiami sewaktu majlis ini berlangsung ( di CBD Perdana ini), namun majlis ini dpt jua kami realisasikan.
![]() | ||||||
Pandang-pandang..jeling-jeling la pulak...nasi dah depan mata tu.. :) |
![]() |
Sib baik ada zairi..sempat pose dulu.. |
![]() |
Bila nak start ni makan ni....terlebih ayu dah menunggu depan makanan ni .. :) |
![]() |
Sebelum meeting, kita makan dulu...Tunggu bos jugak yang rasmi dulu...hihi... |
![]() |
sekitar majlis doa selamat dan bacaan Yasin |
![]() |
Alhamdulillah ..selesai Majlis bacaan Yaasin dan doa selamat. |
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga IKCM kerana berkat kerjasama semua, kita akhirnya dapat bekerja dalam persekitaran yang lebih kondusif dan teratur.
Selesai majlis doa selamat dan bacaan Yasin, beralih pula kepada tentatif AGM 2012, antaranya:
1. Kata-kata aluan CEO, Penasihat dan Presiden
2. Rombakan ahli jawatankuasa kelab sesi 2011/2012
3. Perlantikan jawatankuasa kelab baru sesi 2012/2014
4. Perbincangan Aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2012
AGM kali ni telah dipengerusikan oleh saudara Aidy Azizi selaku presiden kelab sesi 2011/2012. Sebelum ajk kelab sesi 2011 dibubarkan dengan rasminya, penasihat, penaung serta semua ajk telah diberikan masa untuk memberikan sepatah 2 kata.
Berikut antara petikan ucapan yang sempat dipetik:
CEO selaku penaung: "AJK kelab 2011 telah mencipta satu benchmark untuk ajk kelab sesi yg akan datang. Yang mana, mereka telah berjaya menganjurkan trip ke Singapore dengan jayanya dan ia adalah event terbesar kelab setakat ini. Diharap ajk kelab yg akan dipilih kali ini akan memberikan kerjasama dan mampu melaksanakan aktiviti2 yang bakal kita rancangkan untuk tahun ni dengan jayanya" En Amir bin Ayub.

Mr President, saudara Aidy pula berharap agar committee yang bakal dilantik dapat melaksanakan satu aktiviti yang tidak sempat team beliau jalankan iaitu Mini Family Day sebelum bulan puasa yang akan datang.
Selaku setiausaha, saudari Farah Muna pula mengucapkan sekalung tahniah kepada barisan ajk yang baru dilantik dan beliau berharap agar aktiviti-aktiviti yang bakal dirancangkan dapat dilaksanakan dengan meriahnya.
Seterusnya MR. President dengan rasminya telah membubarkan jawatankuasa kelab IKCM sesi 2011/2012 dan seterusnya melantik barisan committee yang baru untuk meneraju kelab selama 2 tahun iaitu 2012-2014. Berikut senarai Senarai AJK IKCM Club yang dilantik dengan undi majoriti.
![]() |
Mantan presiden dalam sesi perancangan perlantikan ajk .... masa untuk vote ajk :) |
Presiden: Hanif
Setiausaha: Suhaili
Bendahari: Shuhaily
AJK Kebajikan: Hamizah
AJK Sukan & Aktiviti: Nazree
AJK Siaraya: Suhaila
![]() |
Apakah yang menggelikan hati En Nizar tu..... |
![]() |
Tak abes lagi gelak dia.. :) |
![]() |
Our New President |
Ahli-ahli kelab telah mencadangkan 5 aktiviti untuk sepanjang tahun 2012:
1. Bowling (akan diadakan 2 bulan sekali selepas 'office hour')
2. Badminton (akan diadakan 2 minggu sekali selepas 'office hour').
3. Futsal
4. Mini Family Day (Lokasi dicadangkan : Ulu Yam pada 30/06/2012)
5. Family Trip (Lokasi dicadangkan : Kenyir pada 16/09/2012)
Pada sebelah petangnya, mejoriti staff turut bermain Badminton sebagai acara pembuka tirai aktiviti kelab tahun ini.
Semoga barisan kelab yang baru ini, mampu melaksanakan semua aktiviti yang dirancangkan dengan jayanya.
"Let's Make It Happen!!" ~~AJK Siaraya: smn~~
No comments:
Post a Comment