Saturday, July 21, 2012

18 July2012 : Farewell Mr President ~Hanif~

Belum pun panas kerusi Mr President didudukinya, nampak gayanya Mr President kita ini sudah nak beralih angin. Sekali lagi kita bakal kehilangan tampuk tertinggi kelab. Hai hot betul kerusi presiden ni...rasanya ini yang paling singkat, lebih kurang 2 bulan aje tempohnya. Walaupun masih dalam keadaan yang agak terkejut dan syahdu, tetap juga diadakan majlis perpisahan buat beliau. Kita bukan sahaja bakal kehilangan seorang presiden kelab, seorang rakan sekerja yang begitu komited dalam kerjanya, malah teman mengeteh (sesi minum teh/minum petang) bg teman-teman beliau.
Saat menanti makanan tiba..sempat melawak
Girls punya turn plak...2Posen... :)
Ini geng macho..:) tak yah cakap apa la kalau nak bergambar...sempoi...

Cik Adik Praktikal..MC pada hari kejadian... Minta maaf minta ampun..kusyuk sangat dengar Mr President bagi kata-kata akhir..lupa nak snap masa dia bg ucapan.
Tak perasan..tudung beragam...hitam sama hitam :)

2posen(Pinjam trademark Cik Su )...Kitorang selesai dah makan ...

Alhamdulillah .. kenyang...

Girls talk ...serius penasihat berdiskusi nampaknya

Wipes away everything but your Smile

Kita snap yang dirai, Mr President selesai makan..
Walaupun belum sampai 2 tahun berkhidmat di sini, namun sudah banyak kenangan dikongsi bersama rakan-rakan. Yup, beliau yang tidak pernah lokek dalam menolong rakan2 sekerja begitu juga tidak pernah lokek berkongsi ilmu yang dimiliki. Jasamu sentiasa dikenang. Mungkin dek kerana keikhlasan itulah, Allah melimpahkan rezeki buatnya. Kami mendoakan kejayaan Mr Pesident,  Saudara Hanif ditempat kerja yang baru..semoga ikatan yang terjalin tidak akan putus begitu sahaja..

Selamat Maju Jaya fren!! 
~Smn~

No comments: